Pengenalan

YPH adalah sebuah yayasan yang ditaja penubuhannya oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Ia didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mula beroperasi sejak 26 Dec 2018. YPH bertujuan menjadi pusat pengumpulan dana dari orang ramai untuk pendidikan.

Di antara objektif YPH adalah menyediakan prasara dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah dan masyarakat umum yang kurang berkemampuan.

Yayasan Pendidikan Hidayah telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 10hb Disember 2018.

Pemegang-pemegang Amanah yang dilantik untuk tempoh 10/12/2018 hingga 9/12/2021 adalah:
1) Prof Dr Hj Azlan bin Ab Rahman
2) Sr Haji Mohd Khairudin bin Abd Halim
3) Ar Dato Dr Norzam bin Darmin