Objektif Penubuhan YPH

  1. Menyediakan dan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar2 sekolah yang mempunyai kelayakan, miskin, memerlukan, anak yatim piatu, mangsa kemalangan dan bencana alam termasuk kesan lepas perang terutamanya bagi pelajar2 SRIH dan SMIH.
  2. Membantu dan menggunakan endowmen biasiswa-biasiswa yang sesuai atau lain-lain bantuan kewangan dan pendidikan bagi pelajar2 di Malaysia khususnya pelajar2 SRIH dan SMIH.
  3. Menggalakkan dan memberikan penekanan khusus kepada pelajar2 sekolah terutamanya di SRIH dan SMIH dalam usaha memupuk kemajuan kebajikan dan meluaskan tarbiyyah Islam di Malaysia.
  4. Menaja dan menggalakkan program berbentuk kebajikan dan pendidikan untuk memperbaiki dan mendapatkan kemudahan pendidikan yang mencukupi khususnya Pendidikan Islam bagi pelajar2 di Malaysia.
  5. Mendapatkan sebarang bentuk bantuan, hak, konsesi dan keistimewaan yang kondusif kepada objektif-objektif Yayasan serta bekerjasama dengan badan bukan Kerajaan, sektor swasta, persatuan sukarelawan atau individu-individu yang perlu menangani atau berurusan dengan Yayasan.
  6. Menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan yang kondusif ke arah mencapai matlamat pendidikan Hidayah.
  7. Mengambil sebarang tindakan atau melakukan perkara-perkara lain yang dapat memberikan faedah kepada pencapaian objektif-objektif di atas.