Aktiviti Yayasan

Mengadakan pelbagai usaha dan aktiviti meluaskan sumber dana Yayasan, contohnya:

  1. Menganjurkan usaha donation drive melalui komitmen tajaan dari badan-badan korporat dan orang persendirian;
    • Menawarkan tajaan pembinaan infrastruktur termasuk bangunan, kemudahan pendidikan dan kos operasi Yayasan;
    • Pengumpulan dana berbentuk derma untuk tujuan pelaburan;
    • Menyediakan perkhidmatan konsultansi pendidikan.
  2. Membantu institusi pendidikan dalam usaha menjadi contoh/ikutan dalam kecemerlangan akademik, operasi yang mantap, kewangan yang kukuh dan stabil, tenaga kerja yang berkualiti serta berakhlak dan lain-lain petanda yang hebat.
  3. Mengadakan dan membantu pelbagai pihak dalam usaha tarbiyah dan dakwah Islami.
  4. Membantu pelajar yang memerlukan untuk mendapatkan pendidikan dalam kontek membentuk akhlak yang mulia, berketerampilan dalam kepimpinan Ummah, pengkhususan kemahiran dalam bidang yang boleh melengkapkan fardhu kifayah Ummah serta lain-lain kontek yang bersesuaian dengan aspirasi Yayasan.
  5. Mengadakan hubungan dengan persatuan/NGO/institusi dalam kontek memajukan bidang pendidikan Islam secara khusus dan pendidikan am, di dalam dan luar negara.
  6. Membentuk pasukan sukarelawan bagi membantu Yayasan menjayakan pelbagai program pendidikan dan amal bakti.