Pertandingan Mencipta Logo Yayasan Pendidikan Hidayah

408

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua alumni Sekolah Islam Hidayah sahaja
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan asli.
4. Logo yang dicipta hendaklah:
– mempunyai penjelasan atau maksud
– melambangkan aspirasi dan matlamat yayasan (Sila rujuk maklumat didalam website yayasan pendidikan hidayah)
– tidak mengandungi unsur atau element yang boleh dianggap sensitif yang boleh menyinggung mana-mana pihak
5. Semua logo yang diterima oleh Yayasan Pendidikan Hidayah akan menjadi hak millik persatuan dan tidak akan dikembalikan. AJK persatuan berhak ke atas logo terpilih samada untuk dipindah atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan, dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana program.
6. Sila isi borang penyertaan di bawah:
Borang Penyertaan
7. Tarikh akhir penyertaan adalah 9 Mac 2019.
8. Keputusan akan dimaklumkan melalui website Yayasan Pendidikan Hidayah. Keputusan panel adalah muktamad.
9. Penyampaian hadiah akan diadakan di majlis Grand Reunion Hidayah pada tarikh 13 April 2019.