Yayasan Pendidikan Hidayah Bantu Noralya Norazman

398

AHAD, 10/02/2019. Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah berjaya membantu adik Noralya binti Norazman meneruskan cita-citanya untuk menimba ilmu setelah lebih setahun tergendala. Anak kepada keluarga B40 di Taman Pulai Utama, Skudai ini telah terhenti persekolahannya sejak lebih satu tahun yang lalu. Beliau akan memulakan persekolahannya semula pada Isnin, 11/02/2019 di Sekolah Menengah Taman Universiti 1, Skudai.

Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama, Skudai telah mengaturkan sesi motivasi dan penyerahan bantuan. YPH telah membiayai keperluan persekolahan Noralya. Bantuan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmadon Bakri selaku wakil YPH.  Noralya hadir bersama ibunya, seorang ibu tunggal.

YPH adalah sebuah yayasan yang ditaja penubuhannya oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Ia didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mula beroperasi sejak 26 Dec 2018. YPH bertujuan menjadi pusat pengumpulan dana dari orang ramai untuk pendidikan. Di antara objektif YPH adalah menyediakan prasara dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah dan masyarakat umum yang kurang berkemampuan.

SHARE
Next articleSelamat Tahun Baru Cina