Hidayah: 30 Tahun dan Terus Berkembang

823

Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) mula beroperasi pada tahun 1989. Ia diikuti dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) pada tahun 1995. Pada tahun 2016 Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP) pula ditubuhkan. SRIH, SMIH dan SRIHBP berdaftar di bawah Pusat Pendidikan Hidayah (PPH).

Berdaftar sebagai sekolah swasta yang tidak berorentasikan keuntungan maka belanja pembangunan dan pengoperasian sekolah bergantung sepenuhnya dari sumber yuran dan derma orang ramai. Sebahagian besar hasil yuran pula digunakan untuk belanja pengurusan.

Kini, tahun 2019, Hidayah beroperasi di atas tanah seluas 13 ekar, mendidik 1,289 orang pelajar di SRIH dan 806 orang pelajar di SMIH. Selama 30 tahun beroperasi sokongan orang ramai membolehkan Hidayah mampu menyediakan kemudahan fizikal seperti bangunan kelas, surau, makmal, asrama dan persekitaran yang selesa.

Pertambahan pelajar di SRIH, SMIH dan SRIHBP memaksa kepada pertambahan kemudahan fizikal sediada. Kaedah pembelajaran abad ke 21 juga memerlukan penyediaan ruang pembelajaran yang lebih bersesuaian. Ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar. Untuk memenuhi keperluan in pihak sekolah telah menubuhkan Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).

YPH adalah sebuah yayasan yang ditaja penubuhannya oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Ia didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mula beroperasi sejak 26 Disember 2018. YPH bertujuan menjadi pusat pengumpulan dana dari orang ramai untuk pendidikan. Di antara objektif YPH adalah menyediakan prasara dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah dan masyarakat umum yang kurang berkemampuan.

Hulurkan sumbangan anda ke Yayasan Pendidikan Hidayah